Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Dato Sri & YB.

PAS Cawangan Taman Mewah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Dato Sri Ir. NiZar dan YB S. Manikumar diatas kemenangan dengan majoriti yang besar.

Diucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh pemimpin, ahli jawatankuasa, para sukarelawan dan juga RAKYAT MALAYSIA diatas komitmen dan kerja keras yang telah disumbangkan sehingga mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau semalam.

Kemenangan ini harus dijadikan sebagai Pembakar Semangat untuk meneruskan Perjuangan.

Monday, April 6, 2009

Assalamualaikum.

Dimulakan dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Bijaksana.

Alhamdulillah dengan terhasilnya blog ini, pihak AJK Pas Cawangan Taman Mewah berharap agar ianya dapat memberi manfaat kepada Penduduk Kawasan Taman Mewah dan Taman Jujur khasnya dan juga kepada muslimin muslimat amnya.

Segala informasi dan aktiviti-aktiviti yang bakal dan telah dijalankan akan sebolehnya kami paparkan di Laman ini dari masa ke semasa. Saudara/saudari juga dialu-alukan untuk menyumbang sebarang artikel yang boleh memberi manfaat kepada kita bersama.

Jika saudara/saudari mempunyai pendapat, kemushkilan atau sebarang cadangan, sila emailkan kepada webmaster dialamat email : pascawtmnmewah@gmail.com.

Akhirkata, semuga ALLAH merahmati kerja-kerja kebaikan yang kita usahakan.

Sekian. Wassalam.