Sunday, June 28, 2009

Jom Makan Durian ....



Friday, June 19, 2009

CERAMAH SEMPENA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH


TAJUK CERAMAH: ISLAM YG SYUMUL

PENCERAMAH : DR ROSNI ADAM (AJK MUSLIMAT PAS PUSAT)

UST HAJI JAMIL ( TIMB PESURUHJAYA PAS WP)

USTAZ RIDUAN MD NOR ( AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT)

KEHADIRAN : 300 ORANG

ANJURAN : PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) CAWANGAN TMN MEWAH BANDAR TUN RAZAK

KETUA CAWANGAN PAS TMN MEWAH : EN SUIB BIN MAT

PADA 23 HB MARCH 2009 BERSAMAAN 26 HB RABIUL AWAL 1430 HIJRAH SATU PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL INI TELAH DIADAKAN DI JALAN JUJUR BANDAR TUN RAZAK. PROGRAM CERAMAH INI TELAH BERMULA PADA JAM 9.00 MALAM DAN BERAKHIR PADA JAM 11.30 MALAM. MAJLIS INI JUGA TELAH MENJEMPUT EN SYUKUR ALI SELAKU YDP PAS KAWASAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS YG MULIA INI. CERAMAH INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK :

  1. MEMPERINGATI KELAHIRAN JUNJUNGAN BAGINDA NABI MUHAMMAD (SAW) YG TELAH MEMBAWA AJARAN ISLAM SELAKU UTUSAN DARI ALLAH ( SWT ) DALAM MENEMPUH PELBAGAI DUGAAN DAN RINTANGAN
  2. MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT
  3. MENAMBAHKAN ILMU DAN PENGETAHUAN TENTANG AGAMA ALLAH YAKNI ISLAM YG BEGITU MENYELURUH DALAM MELIPUTI SEGALA ASPEK KEHIDUPAN MANUSIA DAN ALAM

EN SUIB BIN MAT SELAKU KETUA CAWANGAN PAS TAMAN MEWAH BANDAR TUN RAZAK BEGITU BERSYUKUR DAN BERBESAR HATI DENGAN KEHADIRAN DAN SAMBUTAN YANG DIBERIKAN OLEH PENDUDUK SETEMPAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. BELIAU JUGA BERBESAR HATI UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI SEUMPAMA INI PADA MASA AKAN DATANG DAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) DAN JUGA PIHAK BERKUASA POLIS (PDRM) DALAM MEMBERIKAN KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM YG MULIA INI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN JUGA PADA AJK PAS CAWANGAN TMN MEWAH YANG MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI SERAMAI 30 ORANG.

Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Dibawah adalah ahli-ahli PAS Cawangan Taman Mewah ketika bersama-sama membantu dalam kempen pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak baru-baru ini yang dimenangi oleh Tan Sri IR Nizar.


CERAMAH PERDANA 23June 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengumuman untuk semua penduduk di sekitar Kuala Lumpur, satu ceramah perdana akan diadakan dan diantara panel jemputan adalah YB Tan Sri IR Nizar dan beberapa orang lagi yang akan dibawa khas dari Perak.

Tarikh : 23hb June 2009

Tempat : Surau Al-Syakirin, Taman Mulia,
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Masa : 9.00 malam

Tuan/puan dijemput hadir dan kehadiran adalah amat dihargai.

Semoga aktiviti ini akan diberkati dan diredhai untuk mencari kebenaran.



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program ceramah yang kita anjurkan pada malam tadi di Madrasah Assyakirin dapat berjalan dengan baik tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini walaupun ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis yang telah mengawal keadaan tempat ceramah dengan baik.

Buat pertama kalinya sepanjang saya menjadi pengerusi majlis ceramah melihat begitu ramai hadirin yang hadir. Mungkin disebabkan promosi yang baik yang dilakukan oleh lajnah penerangan PAS BTR ataupun aura penceramah-penceramah yang dijemput terutamanya Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin. Message yang diberikan oleh penceramah-penceramah pada malam tersebut begitu jelas sekali meminta semua rakyat agar meninggalkan UMNO BN dan meyertai parti-parti yang berada dalam PR terutamanya PAS. UMNO BN selama memerintah Malaysia telah berlaku zalim dan bertindak diluar undang-undang demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Itulah yang telah berlaku kepada DUN perak. Pemimpin UMNO BN telah terlalu sarat dengan rasuah dan salah guan kuasa.

PAS BTR telah melancarkan kempen ‘jom sertai PAS’ yang disempurnakan oleh YB Nizar. Selepas program berakhir, beberapa borang kemasukan ahli telah dihantar kepada kami. Dan InsyaAllah ada yang akan menyusul kemudian. Kepada yang berminat untuk menyertai kami dan sama-sama berjuang menegakkan islam di bumi Malaysia yang tercinta ini, sila hubungi ketua-ketua cawangan di tempat anda tinggal.

Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan program malam tadi dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk ceramah-ceramah yang lain pula.






ShoutMix chat widget

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah Dato Sri & YB.

PAS Cawangan Taman Mewah mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Dato Sri Ir. NiZar dan YB S. Manikumar diatas kemenangan dengan majoriti yang besar.

Diucapkan tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh pemimpin, ahli jawatankuasa, para sukarelawan dan juga RAKYAT MALAYSIA diatas komitmen dan kerja keras yang telah disumbangkan sehingga mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau semalam.

Kemenangan ini harus dijadikan sebagai Pembakar Semangat untuk meneruskan Perjuangan.