Friday, June 19, 2009

CERAMAH PERDANA 23June 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengumuman untuk semua penduduk di sekitar Kuala Lumpur, satu ceramah perdana akan diadakan dan diantara panel jemputan adalah YB Tan Sri IR Nizar dan beberapa orang lagi yang akan dibawa khas dari Perak.

Tarikh : 23hb June 2009

Tempat : Surau Al-Syakirin, Taman Mulia,
Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.

Masa : 9.00 malam

Tuan/puan dijemput hadir dan kehadiran adalah amat dihargai.

Semoga aktiviti ini akan diberkati dan diredhai untuk mencari kebenaran.



Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program ceramah yang kita anjurkan pada malam tadi di Madrasah Assyakirin dapat berjalan dengan baik tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini walaupun ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis yang telah mengawal keadaan tempat ceramah dengan baik.

Buat pertama kalinya sepanjang saya menjadi pengerusi majlis ceramah melihat begitu ramai hadirin yang hadir. Mungkin disebabkan promosi yang baik yang dilakukan oleh lajnah penerangan PAS BTR ataupun aura penceramah-penceramah yang dijemput terutamanya Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin. Message yang diberikan oleh penceramah-penceramah pada malam tersebut begitu jelas sekali meminta semua rakyat agar meninggalkan UMNO BN dan meyertai parti-parti yang berada dalam PR terutamanya PAS. UMNO BN selama memerintah Malaysia telah berlaku zalim dan bertindak diluar undang-undang demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Itulah yang telah berlaku kepada DUN perak. Pemimpin UMNO BN telah terlalu sarat dengan rasuah dan salah guan kuasa.

PAS BTR telah melancarkan kempen ‘jom sertai PAS’ yang disempurnakan oleh YB Nizar. Selepas program berakhir, beberapa borang kemasukan ahli telah dihantar kepada kami. Dan InsyaAllah ada yang akan menyusul kemudian. Kepada yang berminat untuk menyertai kami dan sama-sama berjuang menegakkan islam di bumi Malaysia yang tercinta ini, sila hubungi ketua-ketua cawangan di tempat anda tinggal.

Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan program malam tadi dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk ceramah-ceramah yang lain pula.






ShoutMix chat widget

No comments:

Post a Comment