

Laman web ini diwujudkan adalah untuk menyalurkan informasi tentang aktiviti PAS Cawangan Taman Mewah, Bandar Tun Razak. Semuga ianya dapat memberi manfaat kepada kita bersama.
TAJUK CERAMAH: ISLAM YG SYUMUL
PENCERAMAH : DR ROSNI ADAM (AJK MUSLIMAT PAS PUSAT)
UST HAJI JAMIL ( TIMB PESURUHJAYA PAS WP)
USTAZ RIDUAN MD NOR ( AJK DEWAN PEMUDA PAS PUSAT)
KEHADIRAN : 300 ORANG
ANJURAN : PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) CAWANGAN TMN MEWAH BANDAR TUN RAZAK
KETUA CAWANGAN PAS TMN MEWAH : EN SUIB BIN MAT
PADA 23 HB MARCH 2009 BERSAMAAN 26 HB RABIUL AWAL 1430 HIJRAH SATU PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL INI TELAH DIADAKAN DI JALAN JUJUR BANDAR TUN RAZAK. PROGRAM CERAMAH INI TELAH BERMULA PADA JAM 9.00 MALAM DAN BERAKHIR PADA JAM 11.30 MALAM. MAJLIS INI JUGA TELAH MENJEMPUT EN SYUKUR ALI SELAKU YDP PAS KAWASAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MENJAYAKAN MAJLIS YG MULIA INI. CERAMAH INI DIADAKAN BERTUJUAN UNTUK :
EN SUIB BIN MAT SELAKU KETUA CAWANGAN PAS TAMAN MEWAH BANDAR TUN RAZAK BEGITU BERSYUKUR DAN BERBESAR HATI DENGAN KEHADIRAN DAN SAMBUTAN YANG DIBERIKAN OLEH PENDUDUK SETEMPAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI. BELIAU JUGA BERBESAR HATI UNTUK MENGADAKAN AKTIVITI SEUMPAMA INI PADA MASA AKAN DATANG DAN MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) DAN JUGA PIHAK BERKUASA POLIS (PDRM) DALAM MEMBERIKAN KERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM YG MULIA INI. TERIMA KASIH DIUCAPKAN JUGA PADA AJK PAS CAWANGAN TMN MEWAH YANG MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI SERAMAI 30 ORANG.
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program ceramah yang kita anjurkan pada malam tadi di Madrasah Assyakirin dapat berjalan dengan baik tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini walaupun ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis yang telah mengawal keadaan tempat ceramah dengan baik.
Buat pertama kalinya sepanjang saya menjadi pengerusi majlis ceramah melihat begitu ramai hadirin yang hadir. Mungkin disebabkan promosi yang baik yang dilakukan oleh lajnah penerangan PAS BTR ataupun aura penceramah-penceramah yang dijemput terutamanya Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin. Message yang diberikan oleh penceramah-penceramah pada malam tersebut begitu jelas sekali meminta semua rakyat agar meninggalkan UMNO BN dan meyertai parti-parti yang berada dalam PR terutamanya PAS. UMNO BN selama memerintah Malaysia telah berlaku zalim dan bertindak diluar undang-undang demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Itulah yang telah berlaku kepada DUN perak. Pemimpin UMNO BN telah terlalu sarat dengan rasuah dan salah guan kuasa.
PAS BTR telah melancarkan kempen ‘jom sertai PAS’ yang disempurnakan oleh YB Nizar. Selepas program berakhir, beberapa borang kemasukan ahli telah dihantar kepada kami. Dan InsyaAllah ada yang akan menyusul kemudian. Kepada yang berminat untuk menyertai kami dan sama-sama berjuang menegakkan islam di bumi Malaysia yang tercinta ini, sila hubungi ketua-ketua cawangan di tempat anda tinggal.
Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan program malam tadi dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk ceramah-ceramah yang lain pula.